![]() the person who is have responsibility in family. the person who is unpredictable. the person who is loyal. the person who is success whatever she want. this is all about me. Yes, because i'm born in November 1992.
![]() one day we will be together. i'll be your princess and you'll be mine.
|
TIADA KESEMPURNAAN :)
Thursday, December 27, 2012 | 0 comments
Assalamualaikum,
tibe tibe pagi ni banyak betul idea and ayat ayat yang nak dirangkumkan bersama menjadi satu cerita :)
cerita hari ni? hmm tentang TIADA KESEMPURNAAN :) masih tidak paham? okayy, jom kita baca :)
manusia diciptakan oleh Allah memang cukup sifat, tapi... tiada manusia yang begitu sempurna seperti malaikat. sebaik mana pon manusia tu, pasti dia pernah lakukan kejahatan dahulu kala. kehidupan kita penuh dengan dugaan. lagi lagi zaman sekarang. macam macam dah berlaku sekarang ni. dunia pun semakin hampir ke akhir zaman.
Jika manusia sibuk dan terlalu mencari yang sempurna, macam mana pulak yang tidak sempurna? i mean, yang tidak alim, yang tidak ke masjid/surau, yang tidak bersongkok/berkopiah. bagaimana? bukan ke mereka juga perlu diberi peluang untuk merasa kehidupan yang sempurna disisi isteri yang solehah? bukankah kita juga boleh mengubah kehidupan jahil mereka menjadi yang lebih tenang? semua itu tidak mustahil bukan? yaa, dalam islam ada menyebutkan kriteria mencari seorang isteri/suami.
1. agamanya.
2. harta
3. Rupa
4. keturunan yang baik
Islam itu agamanya indah , suci dan tidak membebankan umat Islam. jadi, berdasarkan kriteria di atas, tidaklah susah. bukannya kita wajib mencari. tp, ckuplah ada kriteria tersebut.
bagi kriteria numb 1 iaitu agama. sebagai seorang manusia yang beragama islam harusnya kita mencari pasangan yang beragama islam juga. jika hati kita terpaut dengan manusia yang beragama lain selain Islam, haruslah kita membawa pasangan kita ke jalan yang benar iaitu masuk Islam dan menjadi seorang mualaf. Insyaallah perhubungan tersebut akan diberkati-Nya. malangnya apa yang kita nampak sekarang. umat islam yang berkahwin dengan orang yang berlainan agama pastinya akan membawa kepada penceraian, ini adalah sebab daripada hati pasangan itu sendiri. kenapa saya cakap cmni. sebab, pasangan kita menjadi seorang mualaf bukanlah kerana hatinya memang benar terpaut pada Islam itu sendiri, malah kerana die terpaksa.maksudnya bila pasangannya ialah seorang yang beragama islam, bila berkahwin dia pon secara automatik akan memeluk islam. Oleh itu, haruslah kita bertanya pada pasangan yang bukan beragama islam adakah mereka sebenarnya ikhlas atau kerana keterpaksaan sahaja memeluk agama islam supaya tidak menimbulkan masalah suatu hari nanti.
bagi kriteria yang kedua pula, harta. Islam merupakan agama yang mudah dan menyenangkan segala harian kita. bukanlah Islam menyuruh kita mencari seorang berharta, kaya. tapi cukuplah sekadar dapat selesakan kita pada masa akan datang.Harta bukanlah yang dicari sebenarnya dna harta juga bukanlah kekal selamanya.Kerana harta boleh membuat kita lupa pada Akhirat dan hanya mengejar duniawi. Namun begitu, kita haruslah hidup sederhana dan bersyukur apa yang kita ada sekarang :)
kriteria ketiga ialah rupa. Rupa dalam mencari pasangan yang abadi bukanlah satu kepentingan. Namun, seringkali manusia zaman kini mencari pasangan berdasarkan rupa. Jika rupa yang diutamakan bagaimana pula dengan sahsiah diri. Jika rupa yang diuatamakan bagaimana pula dengan tanggungjawab keluarga? Rupa itu adalah subjektif. hanya sekadar sedap mata memandang. Siapa yang tidak suka pada kecantikan bukan? Namun, haruslah diingatkan rupa bukanlah keutamaan.thats why Islam meletakkan rupa bagi kriteria ketiga :)
and the last one is keturunan yang baik. Semuaorag menginginkan pasangan yang dari kalangan yang baik, yang alim. tapi, harus diingatkan juga jika semuaorang menari yang baik. dimana letaknya manusia yang kurang baik. yang jahil. bukan ke mereka juga perlu diberi bimbingan? bukan ke mereka perlu diberi peluang untuk merubah kehidupan mereka menjadi yang lebih baik. memang tiada manusia yang sempurna melainkan malaikat. Namun, kita sebagai manusia haruslah berfikir di luar kotak. Jika sehingga sekarnag kita hanya berfikir di dalma kotak, negara sudah maju, tapi kita masih dalam pemikiran yang kolot. thats why, agama meletakkan keturunan yang baik sebaagai kriteria yang terakhir. Jika keluarga dalam golongan yang tidak baik. tetapi, pasnagan kita adalah orang yang baik. bagaimana pula situasi tersebut?
setiap kebaikan manusia diikuti dnegan keburukan mereka. kerana tiada siapa yang sempurna. nobody perfect :) mereka pun manusia biasa yang melakukan kesalahan. Setiap manusia diberi peluang utuk berubah. jika kita tidak membimbing, menyokong mereka bagaimana mereka mahu lakukan perubahan dalam diri mereka? mereka juga manusia biasa yang ada perasaan untuk merasakan kehidupan yang sempurna dalam ketengan dan mengabdikan diri kepada Allah :) tetapi, jika kita sudah mencuba untuk memberi peluang dan mereka masih tidak mahu berubah, jadi kita hanya mampu mendoakan suapaya diberi petunjuk dan hidayah dari Allah. mendoakan yang terbaik adalah jalan yang terbaik :)
|