I'm just an ordinary person

TAKDIR
Saturday, May 25, 2013 | 0 comments

Assalamualaikum. Di pagi Sabtu yang mendung adn hujan, ada pulak idea yang mncurah nak update blog ni.

TAKDIR ? Apa maksdu yang tersirat and tersurat pasal takdir ni. Menerusi blog ni http://mdsaufi.blogspot.com/2009/04/takdir.html dapatlah aku tahu apa itu maksud takdir.

Maksud takdir ialah peraturan tertentu yang telah dibuat oleh Allah untuk segala yang ada di muka bumi ini. Peraturan tersebut ialah undang-undang umum ataupun ketentuan-ketentuan yang diikat dengan sebab danmusabbab.
Menurut Imam Nawawi, ketika memberikan definisi takdir "…segala yang ada dalam alam ini sudahpun digariskan sejak masa qidam terdahulu. Allah mengetahui apa sahaja yang terjadi dan bila terjadi bersesuaian dengan garis yang ditetapkannya. Apa yang berlaku kemudiannya akan pasti sama dan selari dari segi sifat-sifat dan keadaan yang khusus tepat seperti yang telah digariskan oleh Allah"

Ada banyak lagi maksud takdir daripada ilmuan-ilmuan Islam. Aku juga mempunyai kisah tersendiri tentang takdir ni. Aku berada di tahap diploma selepas kecundang di tahap pra-U sekarang pon Allah tentukan. Aku bertemu dengan insan-insan yang baik yang sentiasa disisi aku pon Allah tentukan dan semuanya ialah TAKDIR.  Semua yang terjadi ada hikmah tersendiri cuma lambat atau sedar tak sedar hikmah tu kita dpt rasa.

Aku berjumpa dan mempunyai rasa sayang terhadap MUHAMMAD ARIF BIN ZAINUDDIN pon Allah tentukan. In sha Allah apa yang kami rancang, Allah bantu dan makbulkan impian kami. Aminn :) Semuanya tidak dirancang utk bersama dia. Padahalnya kami dulu satu sekolah and tak bertegur sapa. Cuma mengenali atas dasar nama. Setelah lost contact selama 2 minggu (leboh kurang) dia datang kembali kat aku. Alhamdulillah selepas tu, kami 'declare' dan cara kami berbeza dengan 'couple couple' lain. Kami berbicara masih seperti kami kawan dahulu dan kami selesa dengan hubungan ni. 'BERKAWAN SEBELUM KAHWIN DAN BERCINTA SELEPAS KAHWIN'. In Sha Allah, dan memang ni yang aku mahukan selepas kecewa setahun yang lalu. Aku mahukan hubungan aku diredha-Nya.

Setelah beberapa bulan menyemai kasih sayang, dan akhirnya apa yang kuduga, apa yang aku tkutkan terjadi. Hubungan kami menemui jalan buntu. Aku cuma mengharapkan ni adalah satu ujian untuk kami mengenali antara satu sama lain dan aku tidak mahu hubungan kami menemui jalan akhir yang akhirnya mengecewakan aku. Aku tak tahu kat mana dan apa salah aku mahupun dia. Aku hanya mmpu berdoa dan mengahrapkan yang terbaik dari Dia. In sha Allah.

Pagi tadi scroll TL twitter ternampak ayat ni ''Allah cipta air mata untuk melegakan hati. Bila dada dah tak tertanggung dengan macam macam kelukaan, menangis juga yang melegakan'  .

dan sesungguhnya aku memang merasai benda tu sekarang. Air mata menajdi peneman setia aku sehingga kini. Bukan aku tk nak luah pada kawan kawan rapat, tp biarlah aku yang menyelesaikan sendiri masalah ni. Aku cuba yang terbaik utk hubungan kami. Mungkin silapnya dari aku juga yang tak pernah menghargai dia saat dia selalu disisi aku :'( Aku hanya perlukan seseorang yang benar benar mengenali diri Arif daripada hujung rambut hingga hujung kaki bukan orang yang selalu menghentam Arif kononnya Arif tu tak layak utk aku sebelum mengenali siapa dia. dan Akhirnya aku jumpa. Terima Kasih Ya Allah kerana kau temukan aku dengan sepupu Arif. 

Semua ini adalah takdir yang harus ku terima.