I'm just an ordinary person

Kejadian demi kejadian
Friday, July 18, 2014 | 0 comments

Salam Ramadhan ke - 21.

Bermula lah malam lailatul-qadar yang semua umat Islam nanti kan. Perbanyakkan amalan agar Ramadhan kali ini dapat dirasai penuh kesyukuran.

Kejadian demi kejadian yang berlaku di Malaysia. Bermula dengan MH370 yang masih misteri, hilang entah ke mana. Pelbagai spekulasi yang timbul. Doakan semoga penumpang & anak kapal dalam keadaan yang baik baik. Sesungguhnya segalanya dalam kekuasan Allah.

Kita dikejutkan lagi dengan peperangan dan penyeksaan rakaya Palestin oleh Israel. Kekejaman Israel tak dapat diterima oleh seluruh rakyat dunia. Dimanakah perasaan kemanusiaan itu hilang? Sesungguhnya binatang itu lebih baik jika dibandingkan dengan kekejaman Israel.

Tidak selesai dengan kekejaman Israel, Malaysia kini ditimpa musibah lagi dengan kehancuran MH17 akibat dibom oleh Ukraine. Hampir kesemua penumpang disahkan maut. Mengenangkan tinggal lagi beberapa hari nak raya. Kita hanya dapat sedekahkan Al-fatihah dan takziah untuk semua penumpang.


Dengan segala kejadian yang terjadi ni , pernahkah kita terfikir. Selama ni Malaysia begitu selesa, begitu aman, tidak pernah terkena segala gempa bumi. tapi, Allah datangkan musibah dalam keadaan lain pula ketika kita semua sedang leka, alpa dengan kenikmatan dunia dan lalai untuk mengingati dia yang maha Esa.

Sama sama lah kita beringat dan sentiasa mendekatkan diri kepada-Nya. In sha Allah, everything happens for a reason. He know what best for us. He know everything. Sama-sama kita renungkan..